Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Agama Bahá'í

Kepercayaan Bahá'í

Tokoh-tokoh Utama

Agama Bahá'í

 

Agama Bahá'í merupakan agama dunia termuda yang bebas. Pengasasnya, Bahá'u'lláh (1817-1892), dianggap oleh orang Bahá'í sebagai Pesuruh Tuhan yang terkini, dalam urutan Nabi zaman dahulu seperti Ibrahim, Musa, Budd¬ha, Krishna, Zoroaster, Kristus dan Muhammad.

 

Tema utama mesej Bahá'u'lláh adalah bahawa umat manusia satu ras dan bahawa sudah tibanya masa untuk penyatuannya dalam sebuah masyarakat global.

 

 

Bahá'u'lláh telah besabda bahawa Tuhan telah melepaskan suatu kuasa bersejarah yang kini sedang menghancurkan halangan- ras, kelas, kepercayaan dan kenegaraan, dan lambat laun akan melahirkan suatu tamadun universal. Cabaran utama yang dihadapi penduduk bumi ini adalah untuk menerima hakikat akan kesatuannya dan bangkit membantu proses penyatuan tersebut. Salah satu tujuan asas Agama Bahá'í adalah untuk memastikan perkara ini berlaku.

 

Komuniti Bahá'í sedunia yang terdiri daripada kira-kira lima juta orang yang diwakili kebanyakan negara, ras dan budaya di bumi, sedang berusaha untuk memastikan ajaran Bahá'u'lláh memberikan kesan secara praktik. Pengalaman mereka akan menjadi sumber galakan kepada semua yang berkongsi visi mereka bagi umat manusia bagaikan sebuah keluarga global dan bumi sebagai ibu pertiwinya.

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia