Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Belajar bersama-sama Sekelompok Rakan

“Kita harus membantu membina masyarakat kita di mana-mana sahaja kita berada,tidak kira berapa lama kita pernah hidup di situ.”

 

Ini adalah salah satu persetujuan yang kita sering mendengar dalam kalangan rakan-rakan TJ, Ronnie, Jackie dan Loo Jie. Mereka adalah kawan-kawan universiti semasa salah seorang daripada mereka telah menjemput mereka ke kelompok belajar Bahá’í.

 

"Pada mulanya, kami tidak pasti apakah kelompok belajar dan mempunyai keraguan sebab jadual kami penuh dengan kelas, tugasan serta aktiviti-aktiviti peribadi kita sendiri. Walau bagaimanapun, rakan kami menyakini kami untuk menghadiri sesi pertama dan kami benar-benar terpesona dengan idea pembangunan masyarakat dan bagaimana kita semua memainkan peranan dalam memperbaiki kawasan-kawasan kejiranan kita," kata TJ.

 

Kelompok belajar telah mengubahkan cara kami berfikir tentang peranan kami dalam komuniti kerana konsep-konsep dan tema yang dipelajari dalam buku-buku tersebut. Tema seperti ‘Tujuan Hidup’ dan ‘Bangkit untuk Berkhidmat’ bukanlah tema-tema yang kami belajar di dalam bilik darjah.  Ini telah memaksa kami untuk merenung secara mendalam tentang masa depan kami dan apakah insan yang kita ingin menjadi--sebagai rakan-rakan, sebagai anak-anak kepada ibu bapa kami, sebagai pemimpin masa depan dalam industri kita dan, sebagai ibu bapa kita sendiri di masa depan," tambah Ronnie.

 

Meskipun perlu belajar untuk peperiksaan dan bekerja separuh masa, Loo Jie tidak menganggap bahawa menghadiri kelompok belajar sebagai menjauhi tanggungjawabnya. Malah, caranya kelompok belajar dijalankan "membolehkan semua untuk berkongsi pemahaman mereka, dan ia mewujudkan suasana pembelajaran yang selamat dan kondusif."

 

"Saya belajar lebih banyak daripada orang lain dan daripada buku-buku tersebut. Saya juga lebih berani untuk bercakap tentang membina komuniti dan budaya baharu, sesuatu yang saya tidak selesa berbual," kata beliau.

 

Mereka telah pun memutuskan untuk menyewa sebuah rumah bersama-sama berhampiran dengan universiti mereka sejak seseorang daripada mereka mula bekerja. Tempat kediaman yang berhampiran ini menggalakkan mereka untuk meneruskan kelompok belajar mereka sambil bekerja di kawasan kejiranan yang sama.

 

"Kami benar-benar mahu melaksanakan apa  yang kami telah belajar. Kami menyokong satu  sama yang lain dengan sentiasa menilai semula apa yang kita boleh menyumbang kepada masyarakat kita," kata Jackie.

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia