Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Belia

Belia dan dewasa muda dalam komuniti Bahá'í Malaysia menyertai wacana yang berkaitan dengan belia. Disamping berkongsi pengalaman mereka yang diperolehi dalam usaha membina komuniti, mereka juga amat berminat untuk belajar dan bekerjasama dengan warga lain dalam memberi sumbangan ke arah kesejahteraan negara.

Tempoh remaja adalah masa kritikal bagi perubahan peribadi apabila anak muda mula menerokai dan mengaplikasikan ilmu mereka secara sedar nilai dan kepercayaan mengenai kehidupan individu dan kolektif. Semasa ini, mereka memikul tanggungjawab baharu, iaitu memberikan jagaan di rumah, menyumbang kepada pendapatan keluarga, dan menjadi protagonis perubahan dalam komuniti dan negara. Pada akhir tempoh ini, ramai mungkin sudah mengambil alih tanggungjawab orang dewasa.

 

Walaupun cabaran-cabaran menggentarkan, pemuda-pemudi bukanlah mangsa yang memerlukan orang lain untuk menyelesaikan masalah mereka. Sebaliknya, kelompok umur ini mewakili sumber potensi intelek dan sosial yang cukup besar yang sedang menunggu untuk dibangunkan dan disalurkan ke arah penghasilan sosial yang konstruktif.

 

Masa depan masyarakat hari ini bergantung sebahagian besarnya kepada cara program dan kaedah pendidikan yang digubal untuk membebaskan potensi terpendam belia lalu menyediakan mereka untuk dunia yang akan diwarisi mereka.

 

Belia merupakan bahagian penting dalam proses pembangunan komuniti di Malaysia serta komuniti Bahá’í di seluruh dunia. Mereka protagonis aktif yang bekerja berdampingan, menemani satu sama lain dalam khidmat. Bukanlah luar biasa untuk melihat remaja terlibat sepenuhnya dalam semua bidang khidmat sebagai guru, fasilitator dan perancang; mengatur, menyelaras dan mentadbirkan usaha-usaha orang lain.

 

 

 

 

Artikel-artikel

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia