Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Bersatu Dalam Doa

Di sebuah pulau di utara  Malaysia, sekumpulan teman mengadakan doa mingguan di setiap sudut pulau untuk mendapatkan inspirasi dan mencergaskan diri bermulanya minggu baharu. Doa-doa ini, yang diadakan di rumah-rumah keluarga, membawa bersama-sama orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk melibatkan diri dalam doa dan ibadat. Ia juga merupakan masa untuk renungan dan berkongsi sebagaimana keluarga-keluarga lazim melakukan.

 

Roshan, seorang dewasa muda yang berpindah ke sini untuk belajar kira-kira dua tahun yang lalu, mula menyertai perhimpunan doa di kawasan kejiranannya selepas menerima jemputan daripada seorang kawan. Beliau rasa amat tenang dan optimis selepas setiap perhimpunan doa kerana, menurut beliau, Firman Tuhan mempunyai kuasa untuk memberi inspirasi kepada manusia untuk bertindak.

 

"Dua tahun lalu, apabila saya mula-mula berpindah ke sini, saya sangat kesepian dan merindukan rumah. Keadaan yang memburukkan lagi ialah, terdapat salah komunikasi dengan kolej saya dan mereka tidak menyediakan tempat tinggal untuk saya. Dengan hanya sedikit wang, saya pasti tiada tempat tinggal. Saya berdoa dan berfikir bersungguh-sungguh tentang bagaimana menyelesaikan masalah saya. Bagaimanapun, Tuhan telah memasangkan telinga kepada doa saya dan seorang yang tidak dikenali menawarkan tempat tinggal. Ini rasa seolah-olah  kejadian ajaib, tetapi saya sedar bahawa ini adalah akibat kuasa doa.

 

"Sekarang, saya sering menghadiri perhimpunan doa untuk berfikir tentang kehidupan dan bertemu rakan-rakan di kejiranan saya. Perhimpunan doa ini membawa bersama-sama ramai orang sebab kita semua sedang mencari inspirasi dan tujuan. Apabila kami menjadi semakin lebih erat sebagai sebuah keluarga, kami tidak akan merasa sendirian," Roshan berkongsi.

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia