Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

“Setiap generasi orang muda berpeluang untuk memberi sumbangan kepada nasib umat manusia, unik dalam hayat hidup mereka. Bagi generasi sekarang, sudah tiba masa untuk merenung, berkomit, mencekalkan diri mereka bagi hidup khidmat yang akan mengalirkan berkat secara berlimpah-limpah.”

- Balai Keadilan Sedunia

 

Pada tahun 2013, belia yang berusaha untuk menyumbang kepada kesejahteraan komuniti mereka berhimpun dalam satu siri 114 buah persidangan seluruh dunia. Di Malaysia. 2.400 orang belia menyertai empat persidangan yang diadakan di Port Dickson, Bidor, Seberang Perai dan Kuching.

 

Persidangan ini membawa bersama belia daripada pelbagai latar belakang untuk belajar, berkongsi dan merancang cara mereka dapat memberi sumbangan secara efektif ke arah usaha pembangunan komuniti lalu melibatkan diri dalam khidmat bermakna. Belia, yang berumur antara 15 dan 30 tahun, bertemu dengan rakan yang bersependapat, kebanyakannya telah sudah menawarkan khidmat di kawasan kejiranan mereka sendiri seluruh negara. Ini termasuk usaha untuk membantu yang lebih muda daripada mereka sendiri untuk menyalurkan tenaga demi kemajuan komuniti mereka.

 

Antara tema yang dibincangkan di setiap persidangan termasuklah ciri unik yang membezakan tempoh belia, tanggungjawab maha besar yang dihadapi oleh pemuda-pemudi  untuk menyumbang kepada kebaikan masyarakat, dan kepentingan memupuk suasana yang menggalakkan. Di setiap persidangan, bakat dan potensi peserta telah dimanfaatkan apabila mereka merancang cara terbaik untuk berkhidmat kepada masyarakat sekembalinya.

 

Persidangan memperlihatkan pendidikan rakan sebaya dan bimbingan terbaik dengan sesi interaktif dan menarik yang dijalankan oleh belia untuk sebaya mereka. Persidangan ini membuka jalan bagi lebih banyak belia menyertai sebagai pembina masyarakat di seluruh Malaysia.

 

Bersedia untuk Berkhidmat Sepanjang Hayat

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia