Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Kesaksamaan Jantina

Kesaksamaan - Suatu Kebenaran Asas

 

Orang Bahá'í mempercayai bahawa kesaksamaan hak antara lelaki dan wanita adalah satu kebenaran asas tentang realiti manusia dan bukan sekadar keadaan yang diingini untuk dicapai bagi kebaikan masyarakat. Realiti manusia ialah rohnya; dan kami percaya bahawa roh tidak ada jantina. Lelaki dan wanita mempamerkan perbezaan fizikal yang sememangnya mempengaruhi beberapa aspek cara mereka mengalami dunia. Namun intipatinya, kualiti dan potensinya, dalam aspek yang membentuk manusia menjadi insan, soal lelaki dan wanita adalah tanpa perbezaan. Kedua-duanya tidak boleh menuntut kelebihan atas satu sama lain. "Wanita dan lelaki telah dan akan sentiasa menjadi sama di sisi Tuhan." Justeru penting bahawa kesaksamaan hak yang sudah wujud sebagai kebenaran rohani diterjemaahkan dalam amalan.

Prasyarat untuk Kesejahteraan Sejagat dan Keamanan

 

Pencapaian penuh kesaksamaan hak antara wanita dan lelaki adalah salah satu prasyarat yang amat penting untuk kesejahteraan sejagat dan kemajuan masyarakat. Penafian kesamaan hak tersebut, dalam apa jua bentuk pun, berlaku tidak adil terhadap separuh daripada penduduk dunia dan mempromosikan sikap, dan tabiat yang dibawa dari keluarga ke tempat kerja, kehidupan politik, dan akhirnya ke hubungan antarabangsa. Tiada alasan, sama ada moral, praktik, atau biologi, yang dapat dijustifikasikan penafian tersebut. Hanya apabila wanita dialu-alukan dan mencapai perkongsian penuh dalam semua bidang usaha manusia,  akan diwujudkan iklim moral dan psikologi bagi kemunculan keamanan dan kemakmuran.

 

Selaras dengan ajaran Bahá'u'lláh, komuniti Baha'i seluruh dunia berada di barisan hadapan gerakan untuk memajukan hak wanita lebih seabad lamanya. Pendekatan Bahá’í, yang menggalakkan kesaksamaan hak sepenuhnya dan perkongsian kuat antara lelaki dan wanita, semakin diiktiraf sebagai suatu isu terpenting seluruh dunia.

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia