Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Melangkah bersama-sama di Jalan Khidmat

Transformasi individu dan sosial menjadi intisari ajaran Bahá'í. Orang Bahá'í, bersama-sama rakan dan jiran mereka, menyertai kajian kolaboratif untuk mengembangkan pengetahuan, fahaman dalaman and kemahiran rohani bagi membolehkan mereka menyumbang kepada kebaikan masyarakat. Perkembangan ini bermula dari kawasan kejiranan dan komuniti mereka tersendiri.

 

Kini, pembelajaran kolektif tersebut berlaku dalam bentuk kelompok belajar¬—proses pembelajaran setempat, kolaboratif yang dilaksanakan oleh komuniti Bahá'í di seluruh dunia. Semua dialu-alukan menyertai kelas, tidak kira fahaman atau kepercayaan mereka.

 

Kelompok belajar Bahá'í bersifat saling menyertai; sebuah kumpulan kendalian oleh tutor yang berperanan semata-mata untuk membantu perbincangan. Sifat kelompok belajar yang merangsangkan dan menyeluruh menyediakan suasana pembelajaran kondusif.

 

Peserta dalam kelompok belajar membincangkan konsep-konsep dalam pelbagai tema rohani dan mengambil kira aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai individu, komuniti dan masyarakat. Kelompok belajar menyediakan individu untuk menyertai pelbagai bidang pembangunan komuniti seperti menjalankan program untuk kanak-kanak dan belia muda dan melibatkan diri dalam khidmat kepada masyarakat demi perpaduan, keadilan dan kesaksamaan.

 

Pengalaman ini juga membina kemahiran untuk membolehkan individu menjadi tutor untuk satu lagi kumpulan peserta kelompok belajar. Peserta-peserta dalam kelompok belajar seringkali mengalami pengalaman baharu dalam arah hidup, hubungan lebih baik dengan keluarga dan rakan, serta membuahkan hasil penilaian semula tentang sumbangan seseorang  kepada masyarakat luar.

 

Belajar bersama-sama Kelompok Rakan

 

“Kita harus membantu membina masyarakat kita di mana-mana sahaja kita berada, tidak kira berapa lama kita pernah hidup di situ.”

 

Baca selanjutnya »

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia