Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Membina Komuniti

"Wahai orang Tuhan! Janganlah menyibukkan diri dengan kepentinganmu sendiri; biarkanlah fikiranmu ditetapkan pada yang akan memulihkan nasib umat manusia dan menyucikan hati dan jiwa manusia. Ini dapat dicapai melalui amalan murni dan suci, melalui kehidupan nirmala dan tingkah laku baik.”

 

− Bahá’u’lláh −

 

 

Komuniti Bahá'í terlibat dalam aktiviti peringkat akar umbi yang mendorong proses membina komuniti. Perjumpaan diadakan untuk mengukuhkan sifat bakti komuniti, kelas yang mengasuh hati dan minda muda kanak-kanak, kumpulan yang menyalurkan tenaga berkobar-kobar belia, dan kelompok belajar yang membina kemampuan untuk berkhidmat.

 

Aktiviti tersebut terbuka kepada semua, dan membolehkan orang ramai dari pelbagai latar belakang untuk maju bersama-sama serta menerokai amalan prinsip rohani dalam kehidupan individu dan kolektif mereka.

 

Aktiviti-aktiviti dan program Bahá’í secara semula jadi bersifat merangkumi dan oleh itu terbuka kepada semua orang. Adalah biasa untuk melihat rakan-rakan dan jiran-jiran mengambil bahagian dengan bebas dan yakin dalam proses pembangunan komuniti.

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia