Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Membuka Potensi Kanak-kanak dan Belia

Zaman kanak-kanak dan remaja merupakan masa istimewa dalam kehidupan seorang individu, kerana tempoh tersebut tertumpu kepada pembelajaran dan pembangunan kendiri. Orang Bahá'í mempercayai bahawa pendidikan yang memberi tumpuan kepada perkembangan moral pada usia kanak-kanak ialah asas bagi kebahagiaan manusia.

 

Memupuk kemampuan tersebut membolehkan kerjasama manusia dan kerakyatan yang tulen untuk muncul dalam diri kanak-kanak dan belia kita.

 

Bersandarkan ajaran Agama Baha'i, kelas kanak-kanak bertujuan untuk merangsangkan rasa cinta kanak-kanak kepada Tuhan dan Pengasas semua agama maha besar dunia. Kelas-kelas tersebut juga berhasrat untuk membina kerangka moral berdaya tahan yang akan membantu anak-anak mencapai kecemerlangan dalam aspek kehidupan duniawi, intelektual, dan spiritual.

 

Belia dibimbing untuk membangunkan kesedaran tujuan hidup kuat, dengan memperkasa transformasi diri- sendiri dan menerajui mereka untuk menyumbang kepada kemajuan masyarakat. Orang Bahá'í mempercayai bahawa kemampuan rohani anak muda, asas bagi kebahagiaan bagi mereka sendiri dan kesejahteraan, yang menjadi kuasa kuat untuk perubahan sosial.

 

Kelas-kelas untuk kanak-kanak dan belia dijalankan di kawasan kejiranan dan komuniti di seluruh Malaysia. Kelas-kelas terbuka kepada kanak-kanak dan belia dari semua latar belakang dan sering dijalankan dengan kerjasama keluarga mereka.

 

Artikel-artikel

“Anggaplah manusia bagaikan lombong kaya dengan permata yang tak ternilai. Pendidikan sahaja  yang boleh  menyebabkannya khazanahnya didedahkan, lalu membolehkan manusia bermanfaat daripadanya.”

 

− Bahá’u’lláh –

 

“Antara khidmat maha besar yang mungkin dapat dilakukan oleh manusia kepada Tuhan maha berkuasa ialah mendidik dan melatih kanak-kanak ...””

 

− ‘Abdu’l-Bahá −

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia