Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Mengukuhkan sifat bakti dalam Komuniti

“Gembiralah hari-hari yang telah diabdikan bagi mengingati Tuhan, dan dirahmatilah masa yang digunakan bagi memberikan pujian kepada Dia Yang Maha Bijaksana.””

 

- Bahá’u’lláh -

 

 

 

Ilham, penyegaran, motivasi, hasrat– semua ini merupakan ramuan penting bagi individu untuk merasai bahawa hidup mereka adalah pada landasan betul dan bermakna. Namun, kita kerap dicabar untuk mengekalkan pandangan positif dan penuh berharapan. Kalimat Tuhan, iaitu Tulisan Suci Bahá'í, memberikan inspirasi, menyegarkan jiwa dan menggembirakan hati, dan memperbaharui makna hidup dalam jiwa seseorang.

 

Untuk menunaikan hasrat sejati dalaman setiap jiwa untuk bermunajat dengan Penciptanya, orang Bahá'í bersama-sama keluarga dan kawannya mengadakan perhimpunan doa di rumah mereka. Sesi doa ini mempelawa pesertanya untuk menggunakan doa dari pelbagai Agama. Doa memberikan kita peluang untuk bermunajat dengan Pencipta kita, menarik kuasa pemulihan daripada Kalimat Tuhan, lalu merenungi nilai dan perlakuan kita dalam hidup.

 

Bersatu Dalam Doa

Perhimpunan doa ini, yang diadakan di rumah keluarga, membawa bersama orang dari pelbagai latar belakang untuk melibatkan diri dalam ibadat dan bakti.

 

Baca Selanjutnya »

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia