Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Sarawak

 

Sejarah Agama Bahá’í di Sarawak bermula pada tahun 1951. Kini, Komuniti Bahá'í Sarawak tersebar di ratusan lokaliti di negeri ini yang mewakili keratan rentas penduduk termasuk kaum Iban, Cina, Bidayuh, Melanau, Kayan, Salakau, Penan dan India.

 

Ahli-ahli Bahá'í dalam komuniti-komuniti yang berkembang maju ini, bersama-sama dengan rakan-rakan dan jiran-jiran mereka, terlibat secara aktif dalam menyumbang kepada kemajuan bandar-bandar dan kampung mereka. Diilhamkan oleh prinsip-prinsip dan ajaran Bahá'u'lláh, mereka bekerjasama untuk membina masyarakat melalui pelbagai program yang memupuk keupayaan moral kanak-kanak dan remaja, membangunkan akhlak rohani kejiranan dan membina kapasiti dalam individu untuk berkhidmat kepada masyarakat.

 

Selama bertahun-tahun, komuninti Bahá'í Sarawak telah mewujudkan hubungan rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang sehaluan. Mereka mengambil bahagian secara aktif dalam menggalakkan keharmonian antara agama dengan rakan-rakan dalam organisasi keagamaan dan menyumbang ke arah program-program pembangunan, termasuk pendidikan dan kenal huruf serta menggalakkan kemajuan wanita dan kesamaan jantina. Ini serasi dengan ajaran Bahá'u'lláh yang menyeru kita untuk menjadi protagonis aktif dalam mempromosikan keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat.

 

Bersedia untuk Khidmat Sepanjang Hayat  »

Hubungi kami:

 

Spiritual Assembly of the Bahá’ís of Sarawak

No 1, Nanas Garden, Nanas Road.

Kuching  93400, Sarawak,  Malaysia

 

Tel. & Fax: 082 252009

 

Emel: nsasarawak@gmail.com

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia