Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Pendidikan di Malaysia - Kenyataan Komuniti Bahá'í Malaysia

 

 

Sempena Kajian Semula Sistem Pendidikan 2012

 

 

 

Pada Mac 2012, komuniti Bahá'í Malaysia menyertai usaha seluruh negara untuk mengkaji sistem pendidikan. Kami mengendalikan beberapa sesi rundingan yang melibatkan pendidik Bahá'í, pemimpin komuniti, ibu bapa dan belia dalam satu siri wacana tentang sistem pendidikan di Malaysia. Perbincangan ini membangkitkan banyak idea mendalam dan usul membina yang dikongsikan oleh wakil-wakil Bahá'í apabila menyertai dialog nasional.

 

Pengalaman komuniti sedunia Bahá'í dalam arena pendidikan di ribuan kejiranan seluruh dunia, memperlihatkan beberapa prinsip penting bagi memurnikan kualiti dan hasil pembelajaran tentang proses pendidikan. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip tersebut boleh digunakan sebagai petunjuk untuk mengarahkan usaha kami dalam hal menterjemahkan kepada realiti akan niat mulia yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Nasional kita.

 

Pada Jun 2012, komuniti Bahá'í membentangkan kenyataannya kepada Lembaga Kajian Pendidikan. Kenyataan ini menjelaskan visi kami bagi satu sistem pendidikan yang mencetuskan dan mengembangkan potensi semula jadi kanak-kanak dan belia kita, yang kemudiannya boleh didedikasikan ke arah kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang diberkati ini.

Klik untuk muat turun statemen:

English

Bahasa Malaysia

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia