Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Syor Komuniti Bahá’í Malaysia kepada Rangka Tindakan Perpaduan Negara

Pada 2013, kerajaan Malaysia telah melantik Majlis Perundingan Perpaduan Negara (NUCC) untuk memupuk perpaduan negara dan perpaduan sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia. Majlis tersebut juga diberi mandat untuk membangunkan Rangka Tindakan Perpaduan Negara. Untuk mengumpul pandangan dan syor masyarakat sivil, NUCC mengadakan dialog negeri di seluruh negara dari 22 Februari ke 30 Mac 2014. Maklum balas dari suara akar umbi ini digunakan sebagai input penting untuk Rangka Tindakan Perpaduan Negara.

 

Komuniti Bahá'í Malaysia, yang anggotanya datang dari keratan lintang masyarakat, telah teruja untuk menyumbang kepada dialog yang berterusan tentang isu ini. Kami berbuat demikian kerana kesedaran tentang tanggungjawab bersama dan harapan kita untuk negara yang diberkati ini. Ahli-ahli komuniti Bahá'í secara aktif telah menyertai dialog di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Wakil-wakil Baha'i berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan perpaduan dan membentangkan pelbagai syor kepada Kerajaan.

 

Perpaduan adalah mesej asas Agama Bahá'í.  Bahá'u'lláh, Nabi Pengasas Agama Bahá’í mengisytiharkan: "Kesejahteraan manusia, keamanan dan keselamatan tidak boleh dicapai selagi perpaduan diasaskan dengan kukuh." Ini menunjukkan bahawa langkah pertama yang penting untuk keamanan dan kemajuan manusia ialah kesatuan. Namun sehingga hari ini,  kita mendapati masih ramai yang berpandangan sebaliknya: mereka melihat perpaduan, sebagai matlamat yang tidak boleh dicapai, malah memberikan tumpuan kepada hal membetulkan semua masalah manusia lain, yang merupakan pelbagai gejala dan kesan sampingan akibat perpecahan.

 

Komuniti Bahá'í mempercayai bahawa dalam menghadapi situasi sukar seperti yang dihadapi oleh negara kita pada masa ini, wajar kita mengenal pasti prinsip-prinsip yang berkaitan untuk membimbing jalan kolektif kita  ke hadapan sebelum melancarkan pelan tindakan. Dalam hal ini, komuniti Bahá’í telah mengemukakan kertas kerja bertajuk "Syor kepada Rangka Tindakan Perpaduan Negara” kami kepada Majlis Perundingan Perpaduan Negara."

 

Dalam dokumen ini, beberapa prinsip utama seperti Kesatuan Umat Manusia, Keadilan, Musyawarah, Kesamaan Hak, Empowermen dan Pendidikan telah utarakan bersama-sama syor dalam empat bidang utama, iaitu pendidikan, undang-undang, komuniti/ kejiranan dan media. Kami percaya bahawa prinsip-prinsip tersebut akan menjadi lampu jalan untuk menerangi kesatuan fikiran semua pihak dalam membimbing kita mencari perpaduan negara.

 

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia