Komuniti Bahá'í Malaysia

ENG | BM

Laman Web Rasmi Komuniti Bahá’í Malaysia

Sains, Agama dan Pembangunan

Siri wacana tentang Sains, Agama dan Pembangunan (SRD) yang dianjurkan oleh komuniti Bahá’í bertujuan untuk memupuk kefahaman dan kerjasama yang lebih baik tentang peranan saling melengkapi antara sains dan agama dalam transformasi sosial.

 

Dalam tempoh lima puluh tahun yang lalu, pelbagai andaian dan pendekatan materialistik telah menguasai pemikiran pembangunan, yang mana tidak memberi penekanan yang cukup kepada dimensi rohani yang memperkayakan, memuliakan dan memberi hala tujuan kepada manusia.

 

Intipati wacana adalah pengiktirafan bahawa metodologi sains dan kefahaman agama boleh bertindak bersama-sama dengan cara yang saling melengkapi dan bersinergi dalam menyediakan peralatan yang penting untuk membina sistem sosial yang berharmoni dan adil.

 

Wacana-wacana ini membawa bersama-sama pakar-pakar, pengamal, ahli akademik, badan bukan kerajaan dan rakyat yang prihatin untuk membincangkan cara dan kaedah untuk mempengaruhi pemikiran untuk mewujudkan pembangunan yang seimbang melalui penyertaan yang saling melengkapi daripada sains dan agama.

Artikel-artikel

Laporan-laporan Wacana

Jika anda ingin mengambil bahagian dalam wacana, sila hubungi kami.

© Hak Cipta Terpelihara 2016 Majlis Rohani Kaum Bahá'í Malaysia