Siapakah Kami

Komuniti
Bahá'í
Malaysia

Semenanjung Malaysia

Visi dan prinsip-prinsip Akidah Bahá'í yang meliputi dunia telah menarik individu daripada keratan luas masyarakat Malaysia. Di seluruh negara, komuniti Bahá'i bekerja secara aktif bersama rakan-rakan dan jiran-jiran untuk melibatkan dan memperkasakan individu agar mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan rohani, sosial, dan intelektual mereka. Kami berhasrat untuk meningkatkan keupayaan dalam individu supaya mereka menjadi agen perubahan positif, berusaha ke arah membina komuniti yang mampan dan mengukuhkan ikatan persahabatan.

Orang Bahá’í berpegang teguh kepada prinsip-prinsip seperti kesatuan manusia, kesamarataan hak antara wanita dan lelaki, keharmonian antara sains dan agama, penghapusan semua jenis prasangka, pendidikan sejagat, dan sebagainya, yang ditahbiskan oleh Bahá'u'lláh, Pengasas Akidah Bahá'í.

Akidah Bahá'í telah menjadi sebahagian daripada sejarah Semenanjung Malaysia selama 65 tahun. Pada Disember 1953, Pn. Shirin Fozdar, seorang penganut Bahá'í dari India, telah melawat Tanah Melayu dan memberi satu siri ceramah umum di Seremban, Melaka dan Kuala Lumpur. Ceramah-ceramah ini dianjurkan dan ditemani oleh En. Yan Kee Leong yang ditemui beliau semasa Persidangan Keamanan Peringatan Gandhi di India pada 1958.

Pada akhir lawatan seminggu itu, En. Yan Kee Leong menerima ajaran Baha'u'llah dan menjadi penganut pertama di negara ini. Dengan cepat ramai yang lain yang telah menghadiri ceramah juga mulai menyertai aktiviti. Mereka kemudian berkongsi mesej baharu Akidah dengan lebih ramai kawan lagi. Perlahan-lahan, kumpulan mulai terbentuk di negeri lain, di Pulau Pinang, Kedah, Johor.

Semasa Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, mesej Bahá'í mengenai kedamaian sejagat dan kesatuan umat manusia.

Tidak lama kemudian, pusat-pusat Bahá'í ditubuhkan di kawasan di mana terdapat penganut-penganut Bahá'í agar dapat menyumbang dengan lebih berkesan kepada keperluan komuniti luas. Dengan ketersediaan sumber, ia adalah mungkin untuk menyokong aktiviti-aktiviti berbentuk bekerjasama dengan individu, kumpulan dan pertubuhan di peringkat tempatan, negeri atau kebangsaan ke arah matlamat-matlamat yang orang-orang Bahá'í berkongsi dengan orang lain seperti pendidikan sejagat, celik hurut, kesamarataan, hak manusia serta keharmonian dan persefahaman antara agama yang semakin meningkat.

Sabah

Pada awal tahun 50-an, ketika menjelajah ke Brunei, pelopor-pelopor Bahá'í Charles Duncan dan Harry Clarke telah melawat Labuan dan Jesselton. Walaupun lawatan mereka di bahagian utara Borneo ini pendek, adalah dipercayai bahawa benih Akidah telahpun tertanam di wilayah ini. Salah satu publisiti paling awal untuk Akidah di Sabah adalah melalui "Berita Borneo Utara" pada bulan Ogos 1953, iaitu pengisytiharan pertama Akidah Bahá'í di Sabah. 

Pada awal 1960-an, Margaret Bates, juga seorang pelopor Bahá'í, telah datang ke Jesselton dari Brunei. Di situ beliau bekerja sebagai jururawat di Hospital Queen Elizabeth. Ini diikuti oleh Dr John Fozdar dan keluarganya, pada bulan Jun 1961. Dalam masa yang singkat, Dr John Fozdar mendapat ramai kenalan di Jesselton. Beliau mengembara secara meluas di bahagian barat Sabah ke tempat-tempat seperti Papar, Kota Belud, Tamparuli, Ranau dan Tenom. Dr John dan keluarga, kemudian berpindah ke Sandakan pada awal 1962 dan menjadi penganut-penganut pertama di Sandakan. Dalam masa setahun, terdapat sebuah Komuniti Baha'i Cina yang besar di Sandakan. Khidmat Dr John tidak hanya terhad kepada kemajuan Akidah sahaja. Di situ, beliau juga banyak menyumbang kepada kebajikan penduduk secara umumnya melalui kerja profesionalnya sebagai seorang ahli bedah di Hospital Duchess of Kent, dan telah bekerja ke arah penambahbaikan penginapan hospital dan kemudahan lain. 

Hari ini, Komuniti Baha'i di Sabah diwakili oleh kepelbagaian budaya negeri ini, termasuk penduduk asli seperti Kadazan-Dusun, Murut, Tombonuo, Rungu, Iban, Tobilung, Kimaragang dan lain-lain di Kota Kinabalu, Penampang, Pitas, Kota Marudu, Sandakan, Tawau, Ranau, Beaufort, Keningau, Papar, Labuan, Lahad Datu dan Tuaran.  

Sepertimana orang-orang Bahá'í di seluruh dunia - secara individu dan secara bersama - berusaha untuk terlibat dalam kehidupan masyarakat dan menyumbang kepada kemajuan tamadun kebendaan dan rohani, Komuniti Bahá'í di Sabah juga bekerja bahu membahu secara aktif bersama-sama dengan rakan-rakan dan jiran mereka untuk melibatkan dan memperkasakan individu komuniti agar mengambil tanggungjawab terhadap pembangunan rohani, sosial dan intelektual mereka demi kebaikan dan kesejahteraan masyarakat. Komuniti ini mengadakan perjumpaan, bersatu dalam doa, di rumah satu sama lain dan di Pusat-pusat Bahá'í. Komuniti juga memainkan peranan penting dalam pendidikan dan kebolehupayaan rohani dan moral kanak-kanak dan belia. Komuniti Bahá'í di Sabah juga terlibat dalam wacana serta program dan telah menjalin hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan yang berfikiran sama, serta masyarakat pada umumnya untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh individu, keluarga, komuniti dan masyarakat secara keseluruhannya. Mereka juga aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama sesama pertubuhan yang berasaskan agama.

Sarawak

Sejarah Akidah Bahá’í di Sarawak bermula pada tahun 1951. Hari ini, sekitar 50,000 komuniti Bahá'í yang kukuh di Sarawak tersebar di lebih daripada 120 kawasan dalam negeri ini yang mewakili lapisan masyarakat yang berbagai etnik, budaya dan latar belakang sosio-ekonomi.

Orang-orang Bahá'í dalam komuniti yang berkembang maju ini, bersama-sama dengan rakan-rakan dan jiran mereka, secara terlibat dengan aktif dalam menyumbang kepada perbaikan pekan dan kampung mereka. Diilhamkan oleh prinsip dan ajaran Bahá'u'lláh, mereka bekerja bahu-membahu untuk membina komuniti melalui satu siri program yang memupuk keupayaan moral kanak-kanak dan belia, meningkatkan perwatakan rohani dalam kejiranan serta membina keupayaan dalam individu untuk mengabdi kepada masyarakat.

Selama bertahun-tahun, komuniti Bahá'í di Sarawak telah menjalin hubungan erat dengan agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berfikiran sama. Mereka menyertai secara aktif dalam mempromosikan keharmonian antara agama dengan pertubuhan-pertubuhan agama dan menyumbang ke arah program pembangunan, termasuk untuk pendidikan dan celik huruf serta mempromosikan kemajuan wanita dan kesamarataan jantina. Ini bergema dengan ajaran Bahá'u'lláh yang menyeru kita untuk menjadi pejuang aktif dalam mempromosikan keamanan dan kemakmuran dalam masyarakat. Komuniti Bahá'í di Sarawak kini di bawah pentabdiran Majlis Rohani Kaum Bahá'í Sarawak  

Komuniti Bahá'í
Sedunia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT