Waadat dan Aturan Pentadbiran

“Tujuan agama sebagaimana diwahyukan dari langit kehendak suci Tuhan adalah untuk mengasaskan perpaduan dan kesepakatan antara umat dunia; janganlah menjadikan punca perselisihan dan pertengkaran.”
—Bahá’u’lláh

‘Abdu’l-Bahá - Pusat Waadat

‘Abdu’l-Bahá adalah anak kepada Bahá'u'lláh dan teladan sempurna bagi jiwa dan ajaran Akidah Bahá'í. Seorang juara keadilan sosial dan duta besar untuk kedamaian antarabangsa, Beliau mengabdikan hidup-Nya untuk meneruskan tujuan Bapa-Nya dan mempromosikan cita-cita Akidah.

Peranan yang dimainkan oleh ‘Abdu’l-Bahá sebagai pemimpin rohani, penterjemah yang berwibawa, dan teladan sempurna adalah unik dalam semua sejarah keagamaan. Bahá'u'lláh mengelar anak-Nya sebagai "Pusat Waadat Saya" dan mengenal pasti ‘Abdu’l-Bahá sebagai pengganti-Nya dalam wasiat tertulis-Nya, dengan demikian menjamin kesatuan akidah selepas kewafatan-Nya.

‘Abdu’l-Bahá, yang namanya bermaksud "Hamba Bahá," dilahirkan di Tehran, Persia, pada tengah malam 22 Mei 1844, iaitu hari Báb menyatakan bahawa umat manusia sedang memasuki kitaran keagamaan yang baharu.

‘Abdu’l-Bahá adalah pembantu dan sahabat terdekat Ayah-Nya. Sifat-sifat dalaman ‘Abdu'l-Bahá seperti kedermawanan, kebijaksanaan dan kerendahan hati memenangi kekaguman Bahá'u'lláh dan maka dikurniai gelaran "Sang Guru."

‘Abdu’l-Bahá menjadikan kehidupan-Nya khidmat yang tak mementingkan diri kepada orang lain. Beliau sering kali benar-benar memberikan pakaian kepada orang lain. Apabila penganut-penganut awal Bahá’í dibuang ke bandar penjara yang suram di 'Akká, ramai jatuh sakit dengan demam kepialu, malaria, dan disenteri. ‘Abdu’l-Bahá membasuh, menyuap, dan menghiburkan mereka.

Melalui perjalanan-Nya dan pelbagai ceramah dan tulisan-Nya, ‘Abdu’l-Bahá memainkan peranan utama dalam menggambarkan visi global Bahá'u'lláh. Beliau mempunyai pemahaman yang mendalam tentang inti pati rohani ajaran-ajaran Bapa-Nya, dan mampu mencerminkan prinsip-prinsip ini dalam kehidupan-Nya sendiri. 

Banyak kisah tentang kesopanan, kebaikan hati, kerendahan diri, dan kesetiaan-Nya kepada Tuhan adalah sumber inspirasi yang tinggi. Kehidupan ‘Abdu’l-Bahá menunjukkan bagaimana pengabdian kepada Tuhan menemui ungkapan dalam khidmat yang praktikal dan tak mementingkan diri sendiri.

Shoghi Effendi - Sang Wali Agama Bahá'í

Semasa 'Abdu'l-Bahá meninggal dunia pada tahun 1921, Shoghi Effendi, cucu-Nya yang berusia 24 tahun, merupakan seorang pelajar di Oxford. Dikejutkan oleh berita sedemikian, beliau kembali ke Palestin untuk mendapati bahawa 'Abdu'l-Bahá dalam Wasiat dan Perjanjian-Nya, telah melantik beliau sebagai Wali dan ketua sedunia bagi Kepercayaan Bahá'í. Pelantikan ini memberikan kepada beliau kewibawaan tunggal untuk mentafsir dan menerangkan tulisan-tulisan dan ajaran-ajaran suci Kepercayaan Bahá'í. Beliau turut dipertanggungjawabkan untuk memajukan pertumbuhan komuniti Bahá'í sedunia, yang dilakukan oleh beliau melalui satu siri rancangan yang lebih rumit, setiapnya dalam jangka masa beberapa tahun. Beliau menerangkan tentang perkara-perkara seperti organisasi, pemilihan, dan fungsi institusi-institusi Bahá'í.

Lahirkan di 'Akká pada tahun 1897, pendidikan sungguh-sungguh Shoghi Effendi dalam ajaran-ajaran Bahá'í diuruskan sejak awal zaman kanak-kanak oleh datuknya, dengan-Nya beliau memiliki hubungan erat. Setelah menguasai Bahasa Inggeris, beliau berkhidmat buat sedikit masa sebagai salah seorang setiausaha 'Abdu'l-Bahá. 

Melalui bimbingan secara besar-besaran yang diterima mereka daripada Shoghi Effendi, umat Bahá'í dapat mengembangkan komuniti mereka ke seluruh dunia secara seimbang. Pada masa kematian beliau pada tahun 1957, kira-kira 400,000 orang Bahá'í mendiami di lebih 200 buah negara, wilayah, dan koloni. Selain itu, struktur institusi Kepercayaan tempatan dan nasional telah dibangunkan secukupnya untuk membolehkan pimilihan pertama badan pentadbiran Kepercayaan seluruh dunia berlangsung dalam masa enam tahun kemudiannya.

Balai Keadilan Sedunia

Balai Keadilan Sedunia, badan pentadbiran antarabangsa Kepercayaan Bahá'í, pertama kali dipilih pada tahun 1963.

Bahá'u'lláh menetapkan institusi ini dalam Kitáb-i-Aqdas, Kitáb Maha Suci, tempat simpan undang-undang dan ordinan Kepercayaan Bahá'í. Bahá'u'lláh memberikan kuasa kepada Balai Keadilan Sedunia dengan wibawa untuk menggubal undang-undang tentang semua perkara yang tidak secara khusus disuratkan dalam Kitáb Suci Bahá'í, dan berjanji bahawa keputusan institusi itu akan diilhami oleh Tuhan.  

Balai Keadilan Sedunia merupakan duluan dalam sejarah keagamaan. Sebelum ini belum pernah ada seorang Manifestasi Tuhan secara jelas menetapkan penubuhan akan sebuah institusi dengan mandat untuk mengekalkan integriti dan fleksibiliti agama-Nya, melindungi perpaduan serta membimbing pengikut pengikut-Nya, dan mengenakan pengaruh menguntungkan ke atas kehidupan masyarakat.

Tidak ada sistem padri dalam Kepercayaan Bahá'í dan tidak ada ahli daripada Balai Keadilan Sedunia yang boleh menuntut kedudukan istimewa atau kewibawaan. Kewibawaan pula terletak pada institusi dan keputusan kolektifnya dibuat, bukan pada individu yang dipilih.

Balai Keadilan Sedunia mengarahkan pertumbuhan dan perkembangan komuniti Bahá'í di seluruh dunia melalui satu siri rancangan yang menggariskan matlamat, pendekatan, dan kaedah untuk kemajuan sistematik dalam jangka masa yang tertentu. Bimbingan mesranya memastikan kesatuan fikiran dan tindakan sebagai komuniti Bahá'í mengembangkan kemampuannya untuk menyertai binaan peradaban global yang damai, adil, dan makmur.

Majlis-Majlis Rohani - Negara dan Tempatan

Tanggungjawab memupuk semangat masyarakat Bahá'í pada peringkat kebangsaan terletak pada lebih 180 buah Majlis Rohani Kebangsaan di seluruh dunia. Sembilanorang anggota majlis ini dengan penuh mesra membimbing aktiviti-aktiviti komuniti Bahá'í untuk menguatkan penyertaan mereka dalam kehidupan masyarakat.
 
Pada peringkat tempatan, hal ehwal komuniti Bahá'í ditadbirkan oleh sembilan orang anggota Majlis Rohani Tempatan yang dipilih. Di bandar atau kota tempat sekurang-kurangnya sembilan orang dewasa Bahá'í menetap, satu Majlis Tempatan akan dibentuk. Majlis ini berfungsi untuk mempromosikan pendidikan rohani kanak-kanak dan belia. Ia melindungi sumber komuniti dan dengan penuh mesra menggalakkan bakat dan tenaga ahli-ahli komuniti.

Majlis terpilih berfungsi sebagai sebuah badan dan membuat keputusan melalui musyawarah. ‘Abdu’l-Bahá writes: “Syarat pertama ialah kasih sayang mutlak dan harmoni antara ahli majlis. Mereka mesti bebas daripada kerenggangan dan mesti memperlihatkan Kesatuan Tuhan pada diri mereka. ”