Sekilas tentang
Akidah Bahá’í

Keesaan
Tuhan

Disebut dengan nama-nama yang berbeza sepanjang zaman, Tuhan yang abadi, Pencipta alam semesta, adalah tidak terbatas, yang maha mengetahui, yang maha berkuasa dan maha penyayang. Tuhan adalah satu. Realiti Tuhan adalah di luar pemahaman manusia, namun kita dapat mencari ungkapan-ungkapan sifat Tuhan dalam segala benda yang tercipta.

Satu
Keluarga
Manusia

Di sebalik semua perbezaan bangsa, budaya, kelas atau etnik, tanpa mengira perbezaan adat, pendapat, atau perwatakan, setiap individu adalah ahli sebuah keluarga manusia yang beragam. Setiap individu yang unik mempunyai peranan untuk dimainkan dalam membawa ke hadapan sebuah tamadun kebendaan dan rohani yang semakin maju.

Satu
Agama
yang
Berkembang

Keupayaan rohani, intelektual dan moral umat manusia telah ditanam melalui ajaran-ajaran berturut-turut para Pengasas agama dunia, iaitu Perwujudan Tuhan. Antara mereka ialah Krishna, Ibrahim, Musa, Zoroaster, Buddha, Yesus Kristus, Muhammad dan, yang terkini, Báb dan Bahá'u'lláh. Setiap agama berasal daripada Tuhan dan sesuai dengan zaman dan tempat di mana ia diturunkan. Pada dasarnya, agama Tuhan adalah satu dan semakin berkembang.

Pengasas

Akidah Bahá'í diasaskan oleh Bahá'u'lláh (1817-1892), Yang gelaran-Nya bermaksud "Kemuliaan Tuhan." Bahá’í menganggap Baginda sebagai yang terkini dalam urutan Pengutus Tuhan Yang mendirikan agama-agama utama dunia. Baginda adalah Yang Dijanjikan yang diramalkan oleh para Pengutus Tuhan.

Kedatangan Bahá'u'lláh telah diwartakan oleh Báb (1819-1850), yang bermaksud "Pintu". Báb mengisytiharkan misi ketuhanan-Nya pada tahun 1844, yang dianggap sebagai permulaan era Bahá'í, iaitu satu kitaran baharu dalam sejarah manusia dan evolusi sosial.

Peringatan ulang tahun Báb dan Bahá'u'lláh disambut oleh orang Bahá’í di seluruh dunia sebagai Hari Keputeraan Suci Berkembar.

Asal Usul

Akidah Bahá'í dilahirkan di Persia (sekarang Iran) pada pertengahan abad ke-19. Dalam masa kurang daripada 200 tahun, ia telah menjadi akidah sejagat di setiap negara di dunia dengan pengikut daripada hampir setiap latar belakang warganegara, etnik, agama, dan suku.

Akidah Bahá'í pertama sekali mencapai Tanah Melayu pada tahun 1870-an dengan kedatangan guru Bahá'í dari Iran. Namun, hanya hampir satu abad kemudian, barulah seorang warganegara Malaysia, Encik Yankee Leong yang menjadi orang pertama yang menerima Akidah ini pada tahun 1953.

Ibadah

Doa dan meditasi harian, yang ditunaikan baik secara peribadi atau bersama-sama orang lain, dianggap oleh orang Bahá’í sebagai makanan rohani yang penting, yang memberikan inspirasi untuk perubahan peribadi dan sosial yang positif. Orang Bahá’í menganggap kerja yang dilakukan dalam semangat pengabdian sebagai bentuk ibadah tertinggi. Individu berdoa dan memenuhi tempoh puasa selama 19 hari sepanjang waktu siang hari. Akidah Bahá'í tidak mempunyai paderi, dan mempunyai amalan-amalan mudah untuk upacara-upacara kehidupan, seperti perkahwinan dan pengebumian.

Kitab
Suci

Tulisan-tulisan Báb dan Bahá'u'lláh dianggap oleh orang Bahá'í tulisan yang diungkapkan oleh Tuhan. Sebagai Firman Kreatif Tuhan, tulisan-tulisan suci ini mempunyai kuasa untuk menyentuh jiwa terdalam kita dan mengubah kita serta dunia di sekeliling kita. Bahá'u'lláh mewahyukan lebih daripada seratus jilid teks suci, termasuk doa dan meditasi dan sebuah buku undang-undang. Tulisan Bahá’í memenuhi keperluan zaman dan memberikan inspirasi kepada individu yang bekerja untuk memperbaiki diri mereka dan komuniti mereka.

Struktur

Hal ehwal komuniti Bahá'í ditadbir oleh institusi-institusi yang ditubuhkan oleh Bahá'u'lláh. Aturan Pentadbiran ini terdiri daripada kedua-dua institusi yang dipilih dan dilantik di peringkat tempatan, kebangsaan, dan antarabangsa. Pemilihan tidak berparti, tanpa pencalonan atau kempen dan dilakukan melalui undi rahsia, serta pengambilan keputusan secara kolektif adalah ciri-ciri pentadbiran Bahá’í . Prinsip-prinsip ini dan yang lain merupakan satu model pentadbiran global yang adil dan bersatu.

Kepercayaan
dalam
Tindakan

Dalam ajaran Bahá'í, memperhalus sifat batin seseorang dan menawarkan khidmat kepada umat manusia tidak dapat dipisahkan. Tujuan berkembar ini membentuk usaha orang Bahá'í dalam semua bidang kehidupan di Malaysia dan di seluruh dunia.

Petikan-petikan
Doa dan
Tulisan Suci

Petikan-Petikan Doa dan Tulisan Suci

“Anggaplah manusia bagaikan lombong yang kaya dengan permata yang tak terkira nilainya. Pendidikan sahaja, boleh menyebabkannya khazanahnya didedahkan, lalu membolehkan manusia bermanfaat daripadanya.” 

—Bahá'u'lláh

FAJAR SANG CAHAYA

Filem

Fajar Sang Cahaya menggambarkan beberapa individu dari berbagai benua mengaitkan pencarian peribadi mereka akan kebenaran dan makna. Mereka berkongsi penemuan mereka bahawa Tuhan telah mengirim dua Manifestasi Syurgawi — Báb dan Bahá'u'lláh — yang ajaran Mereka merevolusi pemikiran dan tingkah laku manusia, mengubah kegelapan menjadi cahaya. Filem ini menunjukkan pandangan-pandangan sekilas bagaimana penemuan ini sedang memberi inspirasi kepada ramai di seluruh dunia untuk berkhidmat kepada umat manusia dan menyumbang kepada pembinaan corak kehidupan baharu.

UNTUK FILEM SELANJUTNYA

Ketahui selanjutnya