Apakah yang Dipercayai
oleh Penganut Bahá’í

Kepercayaan Bahá'í

“Tujuan agama sebagaimana diwahyukan dari langit kehendak suci Tuhan adalah untuk mengasaskan perpaduan dan kesepakatan antara umat dunia; janganlah menjadikan punca perselisihan dan pertengkaran.”
— Bahá’u’lláh

Service & Worship

Agama Bahá'í merupakan agama dunia termuda yang bebas. Pengasasnya, Bahá'u'lláh (1817-1892), dianggap oleh orang Bahá'í sebagai Pesuruh Tuhan yang terkini, dalam urutan Nabi zaman dahulu seperti Ibrahim, Musa, Buddha, Krishna, Zoroaster, Kristus dan Muhammad.

Tema utama mesej Bahá'u'lláh adalah bahawa umat manusia satu ras dan bahawa sudah tibanya masa untuk penyatuannya dalam sebuah masyarakat global.

Bahá'u'lláh telah bersabda bahawa Tuhan telah melepaskan suatu kuasa bersejarah yang kini sedang menghancurkan halangan- ras, kelas, kepercayaan dan kenegaraan, dan lambat laun akan melahirkan suatu tamadun universal. Cabaran utama yang dihadapi penduduk bumi ini adalah untuk menerima hakikat akan kesatuannya dan bangkit membantu proses penyatuan tersebut. Salah satu tujuan asas Agama Bahá'í adalah untuk memastikan perkara ini berlaku.

Komuniti Bahá'í sedunia yang terdiri daripada kira-kira lima juta orang yang diwakili kebanyakan negara, ras dan budaya di bumi, sedang berusaha untuk memastikan ajaran Bahá'u'lláh memberikan kesan secara praktik. Pengalaman mereka akan menjadi sumber galakan kepada semua yang berkongsi visi mereka bagi umat manusia bagaikan sebuah keluarga global dan bumi sebagai ibu pertiwinya.